Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

PERPUSTAKAAN BESTARI KE ARAH 'WORLD CLASS POLICING'

Oleh : Kpl Edwind Indo

Kuala Lumpur, 4 Feb – Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini melangkah ke era penyelidikan dan pembelajaran dalam talian melalui Perpustakaan Bestari atau ‘Samsung Smart Library’ dalam satu majlis pelancaran yang diadakan di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), pagi tadi.

Pelancaran disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar dan disaksikan oleh Presiden Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd, Mr. Lee Sang Hoon.

YDH Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar berkata aplikasi ‘Smart Library’ memberikan inisiatif kepada warga PDRM untuk membuat kajian, carian maklumat malahan dapat membantu tugas-tugas operasional polis dengan pantas tanpa terlalu merujuk kepada buku teks.

“Diharapkan dengan adanya aplikasi ‘Smart-Library’ di perpustakaan Maktab PDRM ini dapat mempelbagaikan kemudahan pencarian ilmu dan maklumat kalangan warga PDRM dalam usaha memperkasakan modal insan ke arah mencapai ‘World Class Policing’”, tambah beliau.

Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd, Dato’ Roh Jae Yeol, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, YDH Dato’ Dr. Yew Chong Hooi, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), YDH Dato Shahbudin Abdul Wahab, warga kerja PDRM dan rakan media.


Ketibaan Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar disambut oleh Dato' Ramli Din, Setiausaha PDRM


Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar oleh Pegawai Kanan Polis


Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar oleh Pegawai Kanan Polis


Dari kiri... Pengarah Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd, Dato’ Roh Jae Yeol, Presiden Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd, Mr. Lee Sang Hoon, Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), YDH Dato Shahbudin Abdul Wahab dan Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, YDH Dato’ Dr. Yew Chong Hooi


Pengacara Majlis Pelancaran ‘Samsung Smart Library’


Ucapan Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), YDH Dato Shahbudin Abdul Wahab


Ucapan Pengarah Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd, Dato’ Roh Jae Yeol


Ucapan Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar


Majlis gimik pelancaran


Majlis gimik pelancaran


Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menyampaiakn cenderahati kenangan kepada Presiden Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd, Mr. Lee Sang Hoon


Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menandatangani plak perasmian Samsung Smart Library


Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar melawat dan mendengar penerangan mengenai penggunaan gajet serta sistem Samsung Smart Library


Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar melawat dan mendengar penerangan mengenai penggunaan gajet serta sistem Samsung Smart Library


Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menandatangani buku lawatan samsung


Bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS