Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

PROGRAM ZIARAH PERKEP BUKIT AMAN

Kuala Lumpur, 4 Feb – Bencana banjir yang berlaku baru-baru ini di Kelantan bukan sahaja memberi kesan kepada penduduk di negeri tersebut, malah turut dirasai oleh sebilangan besar warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berkhidmat di sana.

Sebahagian besar ahli keluarga polis terpaksa berpindah ke penempatan sementara selain mengalami kerugian harta benda akibat kerosakan rumah kediaman serta pelbagai kelengkapan dan peralatan peribadi masing-masing.

Bagi membantu meringankan beban selain membersihkan premis kediaman dan perniagaan yang teruk diselaputi lumpur, konvoi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia telah berbesar hati berlepas ke negeri tersebut dalam satu majlis 'flag off' yang diadakan di Pusat Simulasi Taktikal, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, pagi tadi.

Konvoi yang terdiri daripada semua Setiausaha PERKEP Jabatan, serta wakil jabatan bertolak dengan menaiki sebuah bas dan diiringi14 buah lori yang membawa para petugas dan barangan.

Turut disediakan sedikit sumbangan untuk diserahkan kepada keluarga polis yang dilanda bencana banjir agar sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan keluarga.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Dato’ Seri Mohd Fuzi Harun, Pengarah Jabatan Pengurusan, Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim, Pengerusi PERKEP Malaysia dan Datin Seri Shahriza Saad, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia.


Bacaan doa.


Bacaan doa.


Dato’ Seri Mohd Fuzi Harun ketika majlis.


Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim ketika memberikan ucapan.


Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim ketika memeriksa barang-barang bantuan.


Antara keperluan yang dihantar.


Flag Off.


Gambar kenangan.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS