Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

DATO’ AZIZAN TERAJU BAHARU PASUKAN GERAKAN KHAS BUKIT AMAN

Oleh : Kpl Edwind Indo

Kuala Lumpur, 9 Feb – YDH SAC Dato’ Azizan Abd. Aziz telah dilantik menjawat jawatan Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan Khas) di majlis Serah Terima Tugas di Dewan Theatrette, Bukit Aman, pagi tadi.

Dalam majlis itu Ketua Penolong Pengarah PGK, KDN/KA, YDH ACP Zanuddian Samsu Hardi telah menyerahkan dokumen serah terima tugas dan tongkat kuasa yang sebelumnya memangku jawatan itu kepada YDH Dato’ Azizan dengan disaksikan oleh YDH SDCP Dato’ Muhammad Fuad Abu Zarim, Pengarah Jabatan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA).

Di majlis yang sama, Y.Bhg Datin Rosnani A. Latif menerima jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia (PERKEP) Pasukan Gerakan Khas dari Y.Bhg Puan Salma Mahmud disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Jabatan KDN/KA, Y.Bhg Datin Normah Mohd Shah.

“Tahniah kepada Dato’ Azizan di atas perlantikan hari ini dan saya berharap agar beliau terus mengembling Pasukan Gerakan Khas (Unit Tindakan Khas dan Komando 69) untuk terus menjaga keselamatan kawasan Timur Sabah sekaligus mengambil ahli agenda DCP Dato’ Jaafar Mohd Yusof dalam bidang operasi-operasi dengan jayanya,” ujar Pengarah KDN/KA ketika menyampaikan ucapan.

Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah KDN/KA (Gerakan/Operasi), YDH DCP Datuk Ab. Razak Ab. Ghani, Pegawai Kanan Polis dan ahli-ahli Jabatan PERKEP KDN/KA.


Timbalan Pengarah KDN/KA (Gerakan/Operasi), YDH DCP Datuk Ab. Razak Ab. Ghani (kiri) tiba di Dewan Theatrette


Sekitar majlis ketibaan


Antara yang hadir


Juruacara Majlis


Antara yang hadir


Antara yang hadir


Antara yang hadir


Antara yang hadir


Antara yang hadir


Majlis menandatangani dokumen Serah Terima Tugas di antara Ketua Penolong Pengarah PGK KDN/KA, YDH ACP Zanuddian Samsu Hardi dan YDH SAC Dato’ Azizan Abd. Aziz disaksikan oleh YDH SDCP Dato’ Muhammad Fuad Abu Zarim, Pengarah Jabatan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA).


Majlis penyampaian dokumen Serah Terima Tugas oleh Ketua Penolong Pengarah PGK, KDN/KA YDH ACP Zanuddian Samsu Hardi kepada YDH SAC Dato’ Azizan Abd. Aziz disaksikan oleh YDH SDCP Dato’ Muhammad Fuad Abu Zarim, Pengarah Jabatan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA).


Majlis penyampaian Tongkat Kuasa oleh Ketua Penolong Pengarah PGK, KDN/KA, YDH ACP Zanuddian Samsu Hardi kepada YDH SAC Dato’ Azizan Abd. Aziz disaksikan oleh YDH SDCP Dato’ Muhammad Fuad Abu Zarim, Pengarah Jabatan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA).


Majlis menandatangani dokumen Serah Terima Tugas di antara Y.Bhg Datin Rosnani A. Latif dan Y.Bhg Puan Salma Mahmud disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Jabatan KDN/KA, Y.Bhg Datin Normah Mohd Shah.


Majlis penyerahan dokumen Serah Terima Tugas Y.Bhg Puan Salma Mahmud kepada Y.Bhg Datin Rosnani A. Latif dan disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Jabatan KDN/KA, Y.Bhg Datin Normah Mohd Shah.


Ucapan YDH SAC Dato’ Azizan Abd. Aziz Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan Khas) baharu


Ucapan YDH SDCP Dato’ Muhammad Fuad Abu Zarim, Pengarah Jabatan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA).

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS