Oleh : Kpl Edwind
Kuala Lumpur, 17 Feb – Biro Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di bawah Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia memberi peluang kepada ahlinya untuk meluaskan pengetahuan mengenai perniagaan dalam bidang makanan melalui satu program lawatan ke SHRF Food Industries Sdn Bhd di Kompleks Industri Makanan Majlis Amanah Rakyat (MARA), pagi tadi.
Menurut Pengarah Urusan SHRF Food Industries Sdn Bhd, Y.Bhg Puan Rohani Borhan beliau mula belajar memasak dan memulakan langkah dalam perusahaan industri makanan ketika suaminya bertugas di Kemaman, Terengganu.
"Walaupun hanya bermodalkan RM50 pada masa itu, namun berkat usaha dan kegigihan serta sokongan dari ahli keluarga, perniagaan saya semakin maju dan berkembang hingga ke hari ini," tambah beliau.
Sepanjang program tersebut, peserta-peserta program telah dikongsikan mengenai strategi dan perancangan perniagaan, cabaran hidup sebagai seorang pengusaha serta pengalaman meluaskan perniagaan di luar negara.
“Tahniah dan syabas diucapkan kepada Puan Rohani atas kejayaan hari ini dan semoga lawatan hari ini dapat memberikan peluang untuk melihat secara dekat serta memberikan idea positif kepada ahli-ahli Biro IKS,” ujar Pengerusi PERKEP Malaysia, Y.Bhg Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim.
Program turut dihadiri oleh Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, Y.Bhg Datin Seri Shariza Mansor, Pengerusi PERKEP Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) merangkap Pengerusi Penganjur Program Lawatan, Y.Bhg Datin Zaitun Mohd Isa serta ahli-ahli PERKEP.

Ketibaan Pengerusi PERKEP Malaysia, Y.Bhg Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim disambut oleh Pengerusi PERKEP Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) merangkap Pengerusi Penganjur Program Lawatan, Y.Bhg Datin Zaitun Mohd Isa

Bacaan doa sebelum berlepas ke SHRF Food Industries Sdn Bhd

Bergambar kenangan di Lobby Menara 1 Bukit Aman

Pengerusi PERKEP Malaysia, Y.Bhg Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim bersama ahli yang lain berlepas ke SHRF Food Industries Sdn Bhd

Antara yang turut serta di dalam program lawatan

Dari Kiri.... Pengarah Urusan SHRF Food Industries Sdn Bhd, Y.Bhg Puan Rohani Borhan, Pengerusi PERKEP Malaysia, Y.Bhg Datin Seri Shariza Mansor, Pengerusi PERKEP Malaysia, Y.Bhg Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim dan Pengerusi PERKEP Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) merangkap Pengerusi Penganjur Program Lawatan, Y.Bhg Datin Zaitun Mohd Isa

Antara yang hadir

Antara yang hadir

Ucapan Pengerusi PERKEP Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) merangkap Pengerusi Penganjur Program Lawatan, Y.Bhg Datin Zaitun Mohd Isa

Ucapan Pengarah Urusan SHRF Food Industries Sdn Bhd, Y.Bhg Puan Rohani Borhan

Sekitar aturcara demo masakan produk Sharifah

Pengerusi PERKEP Malaysia, Y.Bhg Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim melakukan demo masakan Sambal Tumis produk Sharifah

Pengerusi PERKEP Malaysia, Y.Bhg Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim melakukan demo masakan Beriyani Ayam produk Sharifah

Pengerusi PERKEP Malaysia, Y.Bhg Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim melakukan demo masakan cucur goreng pisang dan ubi produk Sharifah

Sekitar aturcara demo masakan produk Sharifah

Pengarah Urusan SHRF Food Industries Sdn Bhd, Y.Bhg Puan Rohani Borhan membawa delegasi PERKEP Malaysia melawat kilang pemprosesan produk makanan

Ucapan Pengerusi PERKEP Malaysia, Y.Bhg Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim

Sekitar Majlis Penyampaian Cenderahati Kenangan

Sekitar Majlis Penyampaian Cenderahati Kenangan

Sekitar Majlis Penyampaian Cenderahati Kenangan

Sekitar Majlis Penyampaian Cenderahati Kenangan

Pengerusi PERKEP Malaysia, Y.Bhg Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim menandatangani Buku Pelawat