Oleh : Kpl Edwind Indo
Putrajaya, 22 Mac – Lebih kurang 1,200 penggemar sukan basikal yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan bangsa bersama-sama beriadah dalam program Kayuh Malaysia Polis Diraja Malaysia (PDRM) di pusat pentadbiran negara, Putrajaya, pagi tadi.
Program anjuran PDRM bersama-sama ‘Advance Event Solution Sdn. Bhd.’, ‘Pedal Explorer’ dan ‘Advance Events Solutions’ itu bersempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-208.
Turut hadir adalah Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar dalam merasmikan majlis ‘Flag Off’ para peserta yang mengambil bahagian.
Bertemakan ‘Semua Boleh Kayuh’ itu terbahagi kepada acara kayuhan ceria (15KM) dan kayuhan cergas (40KM) bergantung kepada kemampuan para peserta.
Kesemua peserta yang terlibat diberikan T-Shirt Dry Fit, Pingat Penamat, Sijil Penyertaan, disamping berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Majlis itu turut dihadiri oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Datin Sri Imran Ibrahim, Pengarah Pengurusan PDRM, Dato Seri Mohamad Fuzi Harun, Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Aseh Haji Che Mat, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah D9, Datuk Khalil Kader Mohd dan rakan media.

Dari kiri.... Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Aseh Haji Che Mat, Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar, Pengarah Pengurusan PDRM, Dato Seri Mohamad Fuzi Harun dan Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah D9, Datuk Khalil Kader Mohd

Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), Dato' Ramli Din turut mengambil bahagian

Antara peserta-peserta program Kayuh Malaysia Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia untuk mengayuh basikal

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar merasmikan majlis 'Flag Off' acara kayuhan ceria (15KM)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar bersama Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Datin Sri Imran Ibrahim sempat melawat gerai jualan peralatan basikal

Antara para peserta yang berjaya mengakhiri acara kayuhan ceria (15KM) dan kayuhan cergas (40KM)

Antara para peserta yang berjaya mengakhiri acara kayuhan ceria (15KM) dan kayuhan cergas (40KM) menunjukkan medal dan sijil penyertaan yang diperolehi

Antara peserta program yang bertuah memenangi hadiah cabutan bertuah

Bergambar kenangan bersama Ahli Jawatan Kuasa Program Kayuh Malaysia PDRM