Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

KEMPEN EARTH HOUR

KUALA LUMPUR, 28 Mac 2015 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini turut bersama seluruh dunia menjayakan Kempen ‘Earth Hour’ yang merupakan kempen globalisasi bagi menangani isu pemanasan global.

Kempen yang bermula pada jam 8.30 malam dan berakhir jam 9.30 malam ini merupakan salah satu program untuk merealisasikan aktiviti Amalan Hijau Dan Aplikasi Teknologi Hijau PDRM.

Kempen ini sejajar dengan Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Hijau Dan Aplikasi Teknologi Hijau PDRM dan Terma Rujukan Pelantikan Jawatankuasa (KPN StaRT 164) bertarikh 8 Januari 2015.

Antara premis-premis yang memadamkan semua lampu selama satu (1) jam ialah Menara 1 dan 2, Bukit Aman, Kompleks Cawangan Khas, bangunan pentadbiran Kontinjen/Formasi/Briged/Maktab dan perumahan-perumahan PDRM.

4
Lampu di padamkan secara berperingkat-peringkat...

3
Lampu di padamkan secara berperingkat-peringkat...

2
Lampu di padamkan secara berperingkat-peringkat...
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS