Kuala Lumpur, 28 Mac – Sempena memperingati Hari Polis yang ke 208 tahun, dengan bertemakan “Rasuah Memusnahkan” satu aktiviti riadah walkathon telah dianjurkan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS). Berlangsung di Padang Tasik Titiwangsa, aktiviti riadah ini mendapat sambutan yang baik dari semua warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), pelajar-pelajar IPTA terutamanya Kor Suksis dan masyarakat termasuk kanak-kanak. Hadir bagi merasmikan dan menyempurnakan pelepasan walkathon ini ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Low Seng Kuan, dan turut disertai oleh Timbalan Ketua Polis Negara DIG Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim.
Paparan dalam sistem ini paling sempurna dengan menggunakan Internet Explorer 8 ke atas dan resolusi skrin 1280 x 800 Disediakan oleh : Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) dengan kerjasama Bahagian Telekomunikasi dan Sistem Maklumat Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, 50560 Bukit Aman, Kuala Lumpur. Telefon: +603 - 2266 2222 E-mel : rmp[at]rmp[dot]gov[dot]my Bantuan Portal | Peta Laman | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian | Hakcipta Terpelihara PDRM 2016