1500 PESERTA JAYAKAN SENAMAN GAYA HIDUP SIHAT
Kuala Lumpur, 18 September– Seramai 1,500 peserta terdiri daripada para Pegawai Kanan, Anggota Pangkat Rendah dan pelatih Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) telah menyertai Program Senaman Gaya Hidup Sihat yang berlangsung di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur, petang tadi.
Program anjuran Jabatan Pengurusan itu dibuat bagi menyahut seruan pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sentiasa mahukan setiap lapisan warganya mengamalkan gaya hidup yang sihat agar sentiasa cergas, cerdas dan tangkas dalam melaksanakan tugasan dan amanah kewajipan setiap masa.