Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

GENG SENTOSA TUMPAS, 13 KES RAGUT SELESAI

Sibu, 24 Sept – Kumpulan ragut 'Geng Sentosa' di bandar ini tumpas apabila tiga anggotanya diberkas baru-baru ini, kata Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Mohd Kamal Kordi.

Beliau berkata, kumpulan terbabit dengan 13 kes ragut di sekitar Bandar Sibu dan mereka berusia antara 20-31 tahun.

“Pihak polis sedang memburu seorang lagi anggota kumpulan itu yang masih bebas”, katanya.

Beliau berkata kumpulan tersebut menunggang dua buah motosikal dan mencari mangsa yang terdiri daripada golongan wanita dan warga emas.

ACP Mohd Kamal berkata ketiga-tiga suspek tersebut mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah.

- Benama

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS