KUALA LUMPUR – 24 September. Hari ini, 10 Zulhijjah 1436/24 September 2015 umat Islam seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidiladha. Warga Polis Diraja Malaysia juga tidak ketinggalan mengambil kesempatan mengeratkan persaudaraan dan silaturahim sesama ummah dengan meraikan Hari Raya Aidiladha dengan mengadakan solat sunat Aidiladha dan ibadah korban. Bagi warga PDRM Bukit Aman, solat sunat Aidiladha dan ibadah korban telah berlangsung di Masjid Bukit Aman. Sebanyak 9 ekor lembu telah dikorbankan, 7 ekor adalah sumbangan korban 49 orang warga PDRM Bukit Aman sementara 2 ekor lagi adalah sumbangan daripada Timbalan Perdana Menteri. Hadir solat sunat Aidiladha dan ibadah korban ialah Dato’ Sri Noor Rashid bin Ibrahim, Timbalan Ketua Polis Negara, Pengarah-pengarah PDRM, Pegawai-pegawai Kanan, anggota serta pegawai awam dan masyarakat setempat. GAMBAR SEPANJANG MAJLIS
Paparan dalam sistem ini paling sempurna dengan menggunakan Internet Explorer 8 ke atas dan resolusi skrin 1280 x 800 Disediakan oleh : Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) dengan kerjasama Bahagian Telekomunikasi dan Sistem Maklumat Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, 50560 Bukit Aman, Kuala Lumpur. Telefon: +603 - 2266 2222 E-mel : rmp[at]rmp[dot]gov[dot]my Bantuan Portal | Peta Laman | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian | Hakcipta Terpelihara PDRM 2016