Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

OP CANTAS KHAS: 34 LELAKI DITAHAN

Kuala Lumpur, 21 Dis - Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman mengadakan sidang media mengenai kejayaan Op Cantas Khas berkait kes bunuh dan samun di sekitar Kajang, Selangor.
Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, pasukan JSJ Selangor berjaya menahan seramai 34 lelaki dipercayai suspek yang terlibat dalam kes tersebut.

"Susulan penahanan seorang lelaki India di Bandar Sunway, membawa kepada rampasan kereta, motosikal, senjata api, peluru hidup, kelongsong peluru dan peralatan yang disyaki digunakan untuk melakukan jenayah samun dan pecah rumah.

"Keseluruhan rampasan adalah bersabit dengan kehilangan kenderaan yang dibuat pengadu di sekitar Nilai, Selayang dan Semenyih", katanya.

Beliau berkata, lima lagi lelaki India ditahan bersabit kes bunuh seorang lelaki India bersama anak perempuannya di Public Bank, Jalan Besar, Pekan Semenyih.

"Ekoran kejayaan ini, kami berjaya menyelesaikan kes-kes samun kedai emas di Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan", jelas beliau.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh mengetuai sidang media...


Datuk Seri Mohmad Salleh menunjukkan sejata api yang berjaya dirampas..


Antara senjata api yang dirampas...


Peralatan yang digunakan untuk melakukan jenayah...


sekitar sidang media Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman...
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS