Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

POLIS PAHANG TUMPASKAN PENYAMUN KABEL

Polis Pahang berjaya menumpaskan sekumpulan penjenayah yang aktif mencuri kabel telefon di kawasan sekitar bandar Temerloh sejak awal tahun lalu selepas tiga individu ditahan beberapa hari lepas.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Supt. Zundin Mahmood, mereka yang ditahan masing-masing berumur dalam linkungan 20-an sehingga 30-an serta pihak polis turut menemui kabel milik Telekom Malaysia (TM) termasuk wayar tembaga dan peralatan memotong kabel dalam premis salah seorang suspek.

Selain itu, pihak polis turut berjaya menemui barangan telekomunikasi seperti 15 guni putih berisi tembaga yang telah dibakar dan empat bateri menara pencawang TM.

Kesemua suspek ditahan reman untuk membantu siasatan pihak polis.

Sumber: Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS