Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

PENGURUS MAUT MOTOSIKAL LANGGAR KERETA HANGUS

Putrajaya, 27 April- Seorang pengurus khidmat penghantaran maut selepas motosikalnya melanggar belakang sebuah kenderaan pelbagai guna yang hangus dan ditinggalkan di Lebuhraya Elite menghala Putrajaya pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Yusof berkata Mohd Faizal Bin Mohd Nor, 36, yang beralamat di Raub, Pahang dan bekerja di Cyberjaya meninggal di tempat kejadian dalam kemalangan kira-kira 9.05 pagi itu.

"Kereta itu yang tidak mempunyai nombor pendaftaran telah hangus dan ditinggalkan di lorong ketiga daripada lebuh raya lima lorong itu.

"Siasatan diteruskan bagi mengetahui punca kemalangan," katanya ketika dihubungi.- BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS