Bukit Aman, 17 Mei – Mantan Pesuruhjaya Polis kontinjen Sarawak, Dato’ Sri Muhammad Sabtu Osman secara rasminya telah mengambil alih tugas Pengarah Jabatan Keselamatan dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkuatkuasa hari ini.
Dalam Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan KDN/KA yang disaksikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pagi tadi, beliau telah menerima tugas tersebut daripada Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim yang akan bersara wajib 18 Mei ini.
Mengimbau kembali sejarah perkhidmatan Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim, Ketua Polis Negara dalam ucapannya berkata, beliau seorang pegawai kanan polis yang ‘low profile’ tetapi mempunyai jiwa yang kental, penuh pengalaman dan ilmu sepanjang tempoh perkhidmatannya.
Menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 1976, beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam dunia tempur dan taktikal di mana separuh dari perkhidmatannya dalam PDRM diabadikan dengan berkhidmat di dalam Komando 69 Pasukan Polis Hutan (PPH), Unit Tindak Khas (UTK) dan seterusnya diberi kepercayaan untuk menerajui Jabatan KDN/KA.
Antara kejayaan besar yang pernah dilakar beliau adalah mengetuai Pasukan Gerakan Khas (PGK) dalam OP Subuh pada Julai 2002 bagi menahan kumpulan militan Al-Maunah, beliau juga perancang utama gerakan Op Daulat di Sabah pada awal 2013 yang melibatkan sebahagian besar pegawai dan anggota dari Jabatan KDN/KA.
Selaku Setiausaha Persatuan Bola Sepak PDRM, beliau turut berjaya membawa pasukan PDRM FA menjadi juara Liga Perdana pada tahun 2013 dan sekaligus dan layak ke Liga Super dan menjadi antara pasukan yang disegani dalam arena bola sepak tempatan.
Majlis pada hari ini turut menyaksikan upacara pemakaian kenaikan pangkat kepada 27 orang Pegawai-Pegawai Kanan PDRM diantaranya Timbalan Ketua Polis Pahang, CP Dato’ Fatimah Ghazali dan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Risikan/Operasi, Bukit Aman, CP Datuk Mazlan Mansor.
Selain itu, turut diadakan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Jabatan KDN/KA di antara Datin Normah Mohd Shah kepada Datin Sri Wan Safiah Wan Salim yang disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim.
![Diantara Pegawai yang telah dinaikkan pangkat (2) Diantara Pegawai yang telah dinaikkan pangkat (2)](/images/default-source/galeri-album-2016/dato-sri-muhammad-sabtu-osman-teraju-jabatan-kdn-ka/diantara-pegawai-yang-telah-dinaikkan-pangkat-(2).jpg?sfvrsn=2)
Di antara Pegawai Kanan PDRM yang telah dinaikkan pangkat.
![Diantara Pegawai yang telah dinaikkan pangkat (4) Diantara Pegawai yang telah dinaikkan pangkat (4)](/images/default-source/galeri-album-2016/dato-sri-muhammad-sabtu-osman-teraju-jabatan-kdn-ka/diantara-pegawai-yang-telah-dinaikkan-pangkat-(4).jpg?sfvrsn=2)
Di antara Pegawai Kanan PDRM yang telah dinaikkan pangkat.
![sesi menandatangani dokumen serah terima tugas sesi menandatangani dokumen serah terima tugas](/images/default-source/galeri-album-2016/dato-sri-muhammad-sabtu-osman-teraju-jabatan-kdn-ka/sesi-menandatangani-dokumen-serah-terima-tugas.jpg?sfvrsn=2)
Sesi menandatangani dokumen serah terima tugas Pengarah Jabatan KDN/KA.
![penyerahan dokumen serah terima tugas penyerahan dokumen serah terima tugas](/images/default-source/galeri-album-2016/dato-sri-muhammad-sabtu-osman-teraju-jabatan-kdn-ka/penyerahan-dokumen-serah-terima-tugas.jpg?sfvrsn=2)
Penyerahan dokumen serah terima tugas.
![penyerahan dokumen serah terima tugas pengerusi PERKEP jabatan KDNKA penyerahan dokumen serah terima tugas pengerusi PERKEP jabatan KDNKA](/images/default-source/galeri-album-2016/dato-sri-muhammad-sabtu-osman-teraju-jabatan-kdn-ka/penyerahan-dokumen-serah-terima-tugas-pengerusi-perkep-jabatan-kdnka.jpg?sfvrsn=2)
Penyerahan dokumen serah terima tugas pengerusi PERKEP Jabatan KDN/KA.
![gambar kenangan KPN bersama barisan pegawai kanan yang telah dinaikan pangkat gambar kenangan KPN bersama barisan pegawai kanan yang telah dinaikan pangkat](/images/default-source/galeri-album-2016/dato-sri-muhammad-sabtu-osman-teraju-jabatan-kdn-ka/gambar-kenangan-kpn-bersama-barisan-pegawai-kanan-yang-telah-dinaikan-pangkat.jpg?sfvrsn=2)
Gambar kenangan Ketua Polis Negara bersama barisan pegawai kanan yang telah dinaikan pangkat.