Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

DATUK MUHAMMAD FUAD BERSARA SETELAH 40 TAHUN DALAM PDRM


Kuala Lumpur, 17 Mei- Setelah hampir 40 tahun menabur khidmat bakti dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim hari ini secara rasminya bersara dalam satu upacara penghormatan paluan berundurkhas di Pusat Latihan Polis, (PULAPOL) petang tadi.

Ketibaan beliau dan isteri yang juga merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Jabatan KDN/KA, Datin Hajjah Normah MohdShah di dataran kawad PULAPOL telah disambut oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar bersama isteri, Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim.

Dalam upacara tersebut,Datuk Muhammad Fuad bersama isteri diperdengarkan deklamasi puisi diiringi persembahan Pancaragam PDRM sebelum diarak menaiki kenderaan khas sebagai simbolik pengunduran beliau dan isteri ke Balai Pengawal PULAPOL bagi meninggalkan majlis.

Memulakan kerjaya dalam PDRM sebagai Inspektor Percubaan pada tahun 1976 di PULAPOL Kuala Lumpur, nama beliau terus sinonim dengan Jabatan KDN/KA, antaranya berkhidmat dalam Pasukan Polis Hutan (PPH) yang kini dikenali sebagai Pasukan Gerakan Am (PGA) dari tahun 1977 sehingga tahun 2000 dengan pangkat Superintenden Polis (SUPT) selaku pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Khas (PGK).

Beliau juga pernah bertugas sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfileds pada tahun 2004, sebelum kembali semula ke dalam JKDNKA dengan menjawat beberapa jawatan tertinggi di dalam Jabatan KDN/KA iaitu sebagai Komander Unit Tindakhas (UTK) (2006), Timbalan Pengarah KDNKA (PGK) (2009) dengan pangkat Senior Asisten Komisioner Polis (SAC).

Manakala pada tahun 2011, beliau menjawat jawatan Timbalan Pengarah, (PGA/Pengurusan Sempadan kawalan keselamatan LTAB) dengan pangkat Deputi Komisioner Polis (DCP), seterusnya dilantik menjadi Pengarah yang menerajui tadbir urus Jabatan KDN/KA PDRM pada 7 Oktober 2014 dengan pangkat Komisioner Polis (CP).

Legasi pentadbiran beliau dalam Jabatan KDN/KA selepas ini akan diterajui oleh CP Dato’ Sri Muhammad Sabtu Osman yang juga mantan Pesuruhjaya Polis Sarawak setelah majlis serah terima tugas jawatan tersebut diadakan pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Hadir sama dalam upacara tersebut, Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim bersama isteri Datin Sri Shariza Saad @ Mansor, barisan Pengarah PDRM, pegawai kanan, warga PDRM dan dif-dif jemputan.


Sekitar ketibaan Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim bersama isteri Datin Hajjah Normah Mohd Shah ke pentas utama


Persembahan Pancaragam Polis Diraja Malaysia (PDRM)


Antara persembahan Pancaragam Polis Diraja Malaysia (PDRM)


Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim mengetuai persembahan Pancaragam PDRM


Sesi penyampaian cenderahati tanda ingatan


Lintas Hormat oleh Unit Udara PDRM


Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim bersama Datin Hajjah Normah Mohd Shah bergambar kenangan di hadapan kenderaan istiadat


Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim bersama Datin Hajjah Normah Mohd Shah diarak menaiki kenderaan istiadat


Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim bersama Pengarah Jabatan Pengurusan, Dato' Sri Zulkifli Abdullah


Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim dan isteri meninggalkan majlis






PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS