Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

TAMBAH BILANGAN POLIS WANITA DI PERINGKAT TERTINGGI PDRM

Oleh : Kpl Edwind Indo
Penyunting : Siti Fatimah Abdul Manan


Kuala Lumpur, 18 Mei – Usaha menambah sekurang-kurangnya 30 peratus bilangan pegawai kanan polis wanita peringkat tertinggi dalam organisasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) disambut baik oleh pucuk pimpinan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar ketika merasmikan Majlis Penutupan Seminar Pegawai Kanan Polis Wanita 2016 di Maktab PDRM, hari ini.

Sambutan itu ditunjukkan melalui pelantikan 74 orang pegawai kanan polis wanita dengan pangkat Superintenden ke atas dalam organisasi PDRM sendiri sebagai penghargaan serta perkembangan karier wanita di dalam pasukan.

“Oleh itu diharapkan para peserta seminar dapat memperkasakan diri dengan mengaplikasikan ilmu pengetahuan sepanjang seminar ini agar lebih bersedia berada sebaris dengan pegawai pemimpin PDRM”, kata Ketua Polis Negara.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara dalam ucapannya berkata, pembangunan pesat teknologi telah mengakibatkan transformasi jenayah baharu seperti ‘Cyber Sexual Grooming’ iaitu exploitasi seksual terhadap kanak-kanak dan wanita tanpa sentuhan fizikal daripada penjenayah.

“Sebagai langkah proaktif, PDRM telah menubuhkan ‘Child Cyber Sexual Investigation’ sebagai inisiatif khas menangani isu ini di peringkat awal”, tambahnya lagi.

Majlis turut dihadiri oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Rohani Abdul Karim, Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Seminar Jawatankuasa Pembangunan Pengurusan Polis Wanita (JPPPW), Dato’ Zaleha Abdul Rahman, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, Dato’ Azizan Abu Taat, warga PDRM, dif-dif jemputan dan rakan media.

_MG_9962
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Rohani Abdul Karim bergambar kenangan bersama warga PDRM 

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS