Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIL (JSJK) TUMPASKAN SINDIKET AH LONG

Kuala Lumpur, 23 Mei – Operasi Op Vilture 1/16 yang dilancarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman dengan kerjasama JSJK Kontinjen Selangor adalah satu usaha pihak polis mengekang sindiket pinjaman wang tidak berlesen atau lebih dikenali dengan panggilan Ah Long pada 20 Mei lalu.

Dalam operasi yang dilancarkan oleh Bahagian Risikan/ Operasi JSJK itu, pihak polis berjaya menahan 13 individu termasuk tiga wanita serta merampas peralatan dan dokumen-dokumen berkaitan aktiviti sindiket terbabit seperti sembilan buah kenderaan mewah pelbagai jenis milik anggota-anggota sindiket, barang-barang kemas dan sejumlah wang tunai berjumlah lebih RM80 ribu.

Pada sidang media JSJK di ibu negara sebentar tadi, Timbalan Pengarah Risikan/ Operasi JSJK Bukit Aman, SAC Roslan Abd. Wahid berkata, susulan penangkapan 13 individu tersebut, pihak polis sekaligus telah berjaya menumpaskan satu sindiket Ah Long yang beroperasi secara agresif sejak dua tahun lalu di keseluruhan Selangor, Kuala Lumpur dan Johor di mana tangkapan ini turut melibatkan kesemua ahli sindiket termasuk ketuanya.

Sebelum itu, beliau turut menjelaskan pihak polis telah menerima banyak aduan berkenaan kes pinjaman wang tidak berlesen ini di mana statistik pada tahun 2016 telah menunjukkan peningkatan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Saya ingin menasihati semua rakyat Malaysia supaya lebih berhati-hati dalam membuat pinjaman kewangan kerana masih terdapat banyak lagi institusi kewangan yang menyediakan pinjaman dengan kadar faedah yang berpatutan serta berpaksikan kepada peruntukan undang-undang yang sedia ada,” ujarnya lagi.

_MG_6419
SAC Roslan Abd. Wahid bersama Pegawai Penyiasat menunjukkan antara harta yang dirampas.

_MG_6436
Antara yang ditahan untuk membantu siasatan.

_MG_6344
Antara harta yang dirampas.

_MG_6491
Antara harta yang dirampas.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS