Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

MAYAT BAYI LELAKI DITEMUKAN DI MASJID GOPENG

Ipoh, 30 Jun - Mayat seorang bayi lelaki ditemukan di dalam bungkusan plastik merah beserta nota yang diletakkan di atas meja di luar Masjid Jamek Baru Gopeng di sini, malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata mayat bayi itu dijumpai oleh pengerusi masjid berkenaan kira-kira pukul 10.35 malam.

Beliau berkata nota yang disertakan itu bertulis 'Assalamualaikum minta jasa masjid mengebumikan dan sembahyangkan anak saya'.

"Bayi lelaki yang baharu dilahirkan itu seberat 900 gram dan cukup sifat, mayatnya dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk mengenal pasti punca kematian," katanya ketika dihubungi hari ini.- BERNAMA
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS