Kuala Lumpur, 31 Ogos 2016 - Sambutan Hari Kebangsaan Ke-59 yang bertemakan ‘Sehati Sejiwa’ berlangsung dengan penuh meriah dan semangat patriotisme di Dataran Merdeka, di sini, pagi tadi.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak terkecuali dari turut serta dalam upacara perbarisan dengan beberapa 'detachment' beruniform dan 'detachment' aset.
Perbarisan PDRM kali ini dilengkapi dengan kekuatan seramai 1859 yang terdiri daripada Pegawai-pegawai Kanan, pegawai rendah dan Persatuan Keluarga Polis (PERKEP).
PDRM telah mempersembahkan ‘Wow Factor’ yang menggambarkan kes penyeludupan senjatapi yang dihasilkan bersama Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC), Unit Anjing Pengesan (K9), Pasukan Gerakan Udara (PGU), Pasukan Polis Marin (PPM), Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB).
Upacara perbarisan juga turut disertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
Sekitar keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah mencemar duli memeriksa Barisan Kawalan Kehormatan
Sekitar upacara di pentas utama

Sekitar upacara berlangsung

Persembahan demonstrasi oleh Polis Diraja Malaysia

Persembahan demonstrasi oleh Polis Diraja Malaysia

Sekitar upacara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2016, Detachment Persatuan Keluarga Polis (PERKEP)

Antara barisan kepimpinan PDRM yang hadir di upacara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2016

Sekitar upacara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2016, Detachment beruniform dan Detachment aset PDRM

Sekitar upacara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2016, Detachment beruniform dan Detachment aset PDRM
Antara Pegawai Kanan Polis yang hadir