Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

10 ORANG SELAMAT SELEPAS BOT KARAM DI PERAIRAN TAWAU

Tawau, 28 sept 2016 - Seramai 10 penumpang bot berjaya diselamatkan selepas bot jongkong yang dinaiki mereka karam di perairan daerah ini, pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Supt Mustafa Maaruf Mustafa berkata kesemua mangsa yang terdiri enam wanita dan empat lelaki itu berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung yang berada di sekitar lokasi kejadian.

"Semasa kejadian itu kami menerima laporan mengenai satu bot jongkong yang dalam perjalanan dari Sungai Melayu menuju ke pelabuhan Tawau, karam.

"Namun pada 7.45 pagi tadi kami telah dimaklumkan bahawa kesemua mangsa bot karam itu berjaya diselamatkan dan telah di bawa ke Kampung Sungai Melayu," katanya dalam kenyataan.- BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS