Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

14 PETUGAS PDRM MISI PBB DARFUR (UNAMID) KEMBALI KE TANAH AIR

Sepang, 20 Oktober 2016 – Seramai 14 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berkhidmat di Misi PBB Darfur, Sudan (UNAMID) selesai menjalankan tugas selama 18 bulan dan selamat tiba di Kuala Lumpur International Airport (KLIA 1), di sini hari ini.

Ketua Kontinjen United Nations Police (UNPOL) Malaysia, ASP Chiew Swoi Kee bersama 13 pegawai dan anggota PDRM memulakan tugas pengaman di negara itu pada 18 April tahun lalu sehingga Oktober tahun ini.

Majlis sambutan kepulangan petugas UNAMID telah berlangsung di bilik VVIP KLIA 1 dan dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) SAC Azisman Alias.

Dalam ucapannya, selaku wakil pucuk pimpinan PDRM beliau melahirkan rasa bersyukur atas kepulangan petugas dari kontinjen PDRM dalam kedaaan sihat dan selamat.

Beliau berkata, sehingga kini PDRM telah menghantar seramai 4,106 pegawai dan anggota ke 13 buah negara yang bermasalah di bawah Misi Pengaman PBB termasuklah Timor Leste, Somalia dan Bosnia Herzegonia.

Turut hadir majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang (KLIA 2), Supt. Zulkifli Adam Shah dan Ketua Pegawai Turus Istiadat PDRM, Supt. Mohd Shuhairy Abd Sabhe.

_MG_9903
Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) SAC Azisman Alias menyambut kepulangan Ketua Kontinjen United Nations Police (UNPOL) Malaysia, ASP Chiew Swoi Kee.
_MG_9924
Sekitar sambutan kepulangan.

_MG_9955
Bacaan doa.

_MG_9949
Bacaan doa.

_MG_9964
Sekitar majlis.
_MG_9996
Gambar kenangan.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS