Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

41 PEGAWAI POLIS TAMAT DIPLOMA EKSEKUTIF SAINS SIASATAN (DESS)

Oleh : Kpl Edwind Indo
Penyunting : Cik Siti Fatimah binti Abd Manan

Kuala Lumpur, 21 Oktober 2016 – Seramai 41 pegawai polis telah berjaya menamatkan pengajian dalam Diploma Eksekutif Sains Siasatan (DESS) anjuran Universiti Malaya (UM) dan Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kuala Lumpur. Program tersebut bertujuan melahirkan penyiasat polis yang cekap dalam menangani sesuatu kes jenayah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar ketika merasmikan Majlis Penutup DESS di Maktab PDRM, di sini hari ini berkata, dengan peningkatan mutu modal insan, PDRM diyakini boleh memenuhi misi dan visi pasukan dan harapan masyarakat.

“Semoga segala pengalaman dan ilmu pengetahuan yang diperolehi selama tiga semester itu dijadikan landasan kepada anda selepas kembali ke formasi mereka dan mampu meningkatkan pengetahuan serta kepakaran warga PDRM”, katanya selepas majlis itu.

Program DESS sesi 2015/2016 kali ini turut disertai oleh seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dan tiga pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sementara itu, majlis turut mengumumkan ASP Norliza Mohamad sebagai graduan terbaik dengan kiraan purata markah 3.82, diikuti oleh ASP Mohd Adam Rahmat dan ASP Mohd Noor Azman Haji Md Safar.

Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, Penolong Naib Censelor (Antarabangsa) Universiti Malaya, Professor Karmila Ghazali, Komandan Maktab PDRM, Dato’ Shamsiah Mohd Shariff, Pegawai Kanan PDRM, rakan media dan ahli keluarga graduan.

_MG_0385
ASP Norliza Mohamad diumumkan sebagai graduan terbaik dengan kiraan purata markah 3.82. Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menyampaikan cenderahati kepada beliau

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS