Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

JSPT TERIMA LAWATAN KERJA KPN

Kuala Lumpur, 25 November 2016 – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik ( JSPT ) hari ini berbesar hati menyambut ketibaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar yang hadir membuat lawatan kerja ke jabatan tersebut di Bilik Mesyuarat Aras 21, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, pagi tadi.

Pengarah JSPT, SAC Dato’ Mahamad Akhir Darus telah memberikan taklimat dan penerangan kepada Tan Sri Khalid Abu Bakar mengenai penugasan dan perancangan JSPT dalam menguatkuasakan undang – undang serta peraturan lalu lintas bagi mendidik masyarakat supaya pengguna jalan raya mematuhi undang – undang yang telah ditetapkan.

Selain itu, bagi menyesuaikan dengan persekitaran masa kini, segala sumber yang ada digunakan secara strategik bagi memastikan satu perkhidmatan yang profesional dan berkualiti dapat diberikan kepada masyarakat di samping memastikan keselamatan, kesejahteraan serta keamanan sentiasa terpelihara.

Di kesempatan itu, seramai 18 pegawai kanan dan anggota menerima sijil penghargaan yang disampaikan sendiri oleh Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar, dua daripadanya iaitu Sarjan Afian Petrus dan Koperal Zulhalip Meluan dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna, Sabah.

Kedua-duanya telah terlibat secara langsung dalam satu operasi khas pada 2 Mac 2013 di mana mereka telah diserang hendap oleh sekumpulan penceroboh pengganas Sulu yang telah mengorbankan beberapa pegawai kanan dan anggota PDRM dan dalam pada masa yang sama mereka juga telah terkandas di lokasi pertempuran selama 22 jam sebelum diselamatkan.

Turut hadir, Setiausaha Polis Malaysia ( SUPM ), Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, Timbalan Pengarah ( kepolisan am/siasatan/sumber), ACP Ibrahim Mohamed Yusoff dan Timbalan Pengarah ( penguatkuasaan/lalu lintas/pengurusan saman ), ACP Ruslan Khalid.

Taklimat dan penerangan oleh Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik ( JSPT ), SAC Dato’ Mahamad Akhir Darus

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar ketika ucapan beliau


Sekitar Lawatan Kerja Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar ke JSPT


Sekitar Lawatan Kerja Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar ke JSPT

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Sarjan Afian Petrus dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna, Sabah

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Koperal Zulhalip Meluan dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna, Sabah


Pengarah JSPT, SAC Dato’ Mahamad Akhir Darus menyampaikan cenderahati tanda ingatan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS