Kuala Lumpur, 10 Disember 2016 – Seramai 408 pengawal keselamatan berjaya menamatkan latihan Certified Security Guards (CSG) Siri 38/2016 yang dikendalikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 5 Disember lalu di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur.
Program ini merupakan sebahagian inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan telah berjaya melahirkan seramai 46,089 pengawal keselamatan bertauliah sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2014 yang lalu.