Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

DATO' SRI JALALUDDIN BERSARA SELEPAS 39 TAHUN BERKHIDMAT DALAM PDRM

Kuala Lumpur, 27 Disember 2016 - Selepas berkhidmat hampir 39 tahun dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Bukit Aman, Dato' Sri Jalaluddin Abdul Rahman akhirnya meninggalkan bidang kepolisan yang telah sebati menjadi darah dagingnya itu.

Sebagai tanda penghargaan di atas khidmat bakti beliau dalam PDRM selama ini, satu Majlis Paluan Berundur sempena persaraannya esok telah diadakan di Dataran Kawad Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini, melibatkan seluruh pegawai dan anggota pelbagai pangkat warga PDRM khususnya dari JIPS, Bukit Aman sendiri.

Lebih manis lagi, Majlis Paluan Berundur itu turut dihadiri oleh ahli keluarga beliau yang berkumpul pada hari yang bersejarah ini.

Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar dan isteri, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim dan isteri, barisan Pengarah PDRM dan isteri serta rakan-rakan media.

Komisioner Polis Dato' Sri Jalaluddin Abdul Rahman dilahirkan pada 28 Disember 1956 dan telah mendirikan rumah tangga dengan Datin Hajjah Siti Aishah Haji Harun dan dikurniakan lima orang cahaya mata.

Dato' Sri Jalaluddin amat dikenali sebagai seorang Pegawai Kanan yang tegas dalam menjalankan apa jua tugas yang diamanahkan kepadanya. Wajahnya sentiasa serius dan garang tetapi bagi mana-mana individu yang telah mengenali beliau, beliau adalah seorang yang amat lembut hatinya dan "full of compasions".

Memulakan kerjaya dalam PDRM sebagai seorang Inspektor Percubaan pada 1 Oktober 1977, beliau telah diberikan kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab menjaga keselamatan perairan negara sebagai Pegawai Pasukan Polis Marin (PPM) sehinggalah beliau diberi kepercayaan untuk menerajui PPM itu sendiri sebagai Komander PPM, Bukit Aman pada 21 Jun 2006.

Tanpa menoleh ke belakang lagi, beliau mengatur langkah dari satu unit ke satu unit yang lain, dari satu formasi ke satu formasi yang lain dan dari satu kontinjen ke satu kontinjen yang lain untuk memikul tugas dan amanah yang digalaskan ke atas bahu beliau demi agama, bangsa dan pertiwi.

Kewibawaanya tidak boleh disangkal lagi dan sinar gaya kepimpinan beliau sentiasa terserlah semasa memegang jawatan sebagai Ketua Polis Kelantan pada tahun 2011 dan Pesuruhjaya Polis Sabah pada tahun 2014.

Antara "buah tangan" peninggalan Dato' Sri Jalaluddin yang dapat dilihat oleh seluruh warga PDRM sehingga kini dalam memelihara integriti pasukan adalah wujudnya Kod Etika PDRM, Pelan Integriti PDRM 2016-2020 dan Manual Pematuhan Standard PDRM yang dilancarkan secara rasminya pada 21 Jun 2016 lalu.

Seluruh warga PDRM mengucapkan "Selamat Bersara" dan ucapan setinggi-tinggi terima kasih yang tidak terhingga di atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan di dalam PDRM.

Harapan dan doa kami semoga Dato' Sri diberi kesihatan yang berkekalan dan bahagia bersama keluarga tercinta. Tabik hormat buat Dato Sri'!


Ketibaan Dato' Sri Jalaluddin Abdul Rahman..

5
Dato' Sri Jalaluddin Abdul Rahman menerima Hormat Panglima...

4
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar menerima Hormat Panglima..

34.1
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Dato' Sri Jalaluddin Abdul Rahman menaiki kenderaan istiadat bersama Datin Sri Hajjah Siti Aishah Haji Harun..

34.8
Sekitar Majlis Paluan Berundur Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Dato' Sri Jalaluddin Abdul Rahman..

31
Dato' Sri Jalaluddin Abdul Rahman meyampaikan cenderahati kepada Pancaragam PDRM...

34.7
Dato' Sri Jalaluddin Abdul Rahman menandatangani buku pelawat...

7
Sekitar Majlis Paluan Berundur Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Dato' Sri Jalaluddin Abdul Rahman..

26
Persembahan dari Pancaragam PDRM...

15.5
Deklamasi Puisi dengan iringan Pancaragam PDRM...

20.6
Dato' Sri Jalaluddin Abdul Rahman mengetuai Pancaragam PDRM

41
Sekitar Majlis Paluan Berundur Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Dato' Sri Jalaluddin Abdul Rahman..

34.4
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Dato' Sri Jalaluddin Abdul Rahman menaiki kenderaan istiadat bersama Datin Sri Hajjah Siti Aishah Haji Harun..


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS