Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

JPJKK ANJUR PERHIMPUNAN BULANAN YANG PERTAMA TAHUN 2017

Kuala Lumpur, 25 Januari 2017- Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) tampil selaku penganjur Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman bagi Januari 2017 di perkarangan Kompleks 3, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, pagi tadi.

Perhimpunan tersebut melibatkan pegawai kanan, anggota dan pegawai awam mewakili semua peringkat jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman tersebut turut dihadiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar dan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim.

Dalam ucapannya Tan Sri Khalid Abu Bakar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap komitmen setiap warga PDRM sepanjang tahun 2016 yang banyak mencipta kejayaan dalam membanteras setiap elemen jenayah dengan mencatatkan penurunan sebanyak 2.8 peratus jenayah index.

Terbaru menerusi kejayaan pasukan Tiger Platoon Batalion 14 PGA Sabah mematahkan cubaan culik oleh sekumpulan militan Filipina di mana tiga darinya ditembak mati dan kecekapan PDRM dalam membanteras aktiviti “terrorisme” seperti anasir Islamis State (IS) atau Daesh jelas menunjukkan kecekapan, kemampuan dan kesiap-siagaan warga PDRM untuk memelihara kedaulatan negara, tambah beliau lagi.

Dalam pada itu PDRM akan menekankan tiga fokus utama dalam menghadapi cabaran kepolisan bagi tahun 2017 iaitu memantapkan pencegahan dan penyiasatan jenayah menerusi kolaborasi agensi luar, memantapkan integriti di kalangan warga PDRM dan memerangi jenayah dadah/komersil dengan kolaborasi agensi dalam mahupun luar negara.

Selesai ucapannya Tan Sri Khalid Abu Bakar turut menyempurnakan pemakaian lencana pangkat kepada sembilan pegawai kanan PDRM yang telah dinaikkan pangkat.

Dalam perkembangan yang sama, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut menyampaikan surat penghargaan kepada pegawai kanan, anggota dan pegawai awam sebagai tanda penghargaan pasukan PDRM di atas komitmen tinggi terhadap tugas dan amanah yang telah dipertangungjawabkan

Hadir sama dalam perhimpunan bulanan tersebut, barisan pengarah PDRM, pegawai kanan, anggota, pegawai awam dan jemputan media.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menerima Tabik Hormat Panglima daripada barisan kawalan kehormatan

Pemeriksaan barisan kawalan kehormatan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar


Ucapan dan amanat Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar


Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar memakaikan lencana pangkat kepada SAC Datin Asmawati Ahmad (Ketua Komunikasi Korporat, Urusetia KPN, Bukit Aman)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyampaikan surat penghargaan kepada pegawai kanan, anggota dan pegawai awam PDRM


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS