Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

POLIS TAHAN LELAKI ROMPAK BANK UNTUK BAYAR WANG SYARIKAT YANG HILANG

Sungai Petani, 26 Jan. 2017 - Kehilangan wang sebanyak RM120,000 milik sebuah syarikat keselamatan dipercayai menjadi punca seorang lelaki bertindak merompak sebuah bank di Jalan Kelab Cinta Sayang di sini, semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff berkata, sehari sebelum kejadian syarikat berkenaan yang melakukan audit mendapati wang tersebut hilang ketika berada di bawah penjagaan suspek.

“Suspek dikatakan bertanggungjawab dalam hal itu dan berusaha mencari ganti wang yang hilang.

“Mungkin buntu dengan keadaan wang hilang sebanyak itu di bawah jagaannya dan tanpa berfikir panjang dia sanggup melakukan tindakan seperti itu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini, hari ini.

Akhbar melaporkan cubaan seorang pengawal keselamatan untuk merompak sebuah bank di Jalan Kelab Cinta Sayang semalam digagalkan oleh pengawal keselamatan bank itu.

Sumber: Utusan Online

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS