Sepang, 26 Februari 2017 – Pihak media diberi peluang untuk melihat dan menyertai Operasi Bersepadu bagi mengesan kemungkinan wujudnya bahan kimia toksik atau bahan berbahaya lain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) ekoran kematian seorang rakyat Korea Utara pada 13 Februari lalu.
Kira-kira 70 media asing dan tempatan hadir dengan enam (6) wakil media terpilih, menyertai dan diberi peluang melihat sendiri bagaimana operasi tersebut dilaksanakan dengan lebih dekat.