Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

AL-FATIHAH: KPD KUBANG PASU MENINGGAL DUNIA

Jitra, 27 Mac 2017 - Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Hadi Hassan meninggal dunia akibat sakit jantung, malam tadi.

Allahyarham yang berusia 52 tahun meninggal dunia 11.50 malam tadi di Hospital Jitra, selepas pengsan di rumahnya di sini.

Abd Hadi memegang jawatan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu pada 1 Jun 2016 menggantikan Superintendan Abd Rahim Abdullah.

Jenazahnya yang kini berada di hospital akan dibawa pulang ke kampungnya di Machang, Kelantan untuk dikebumikan hari ini.

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS