Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

POLIS TAHAN DUA LELAKI SOROK DADAH DALAM ROTI

Tampin, 27 Mac 2017 - Dua lelaki ditahan polis selepas perbuatan menyorok dadah dalam sebungkus roti terbongkar dalam satu pemeriksaan oleh tentera ketika mereka datang melawat rakan di Kem Syed Sirajjudin, Gemas di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Ab. Razak berkata, suspek berusia 25 dan 21 tahun terbabit berasal dari Felda Keratong 10, Muadzam Shah dan Felda Keratong 4, Bandar Tun Razak di Pahang.

Menurut beliau, sepasukan polis dari Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin membuat tangkapan semula terhadap dua lelaki terbabit di Balai Polis Gemas yang diserahkan oleh pegawai tentera.

"Turut dirampas adalah sebungkus roti, satu bungkus plastik disyaki dadah jenis syabu seberat 5.82 gram dan satu bungkus plastik mengandungi sebiji pil Yaba seberat 0.03 gram," katanya kepada pemberita hari ini.

Tambahnya, kedua-dua suspek kini ditahan di IPD Tampin bagi membantu siasatan.

Sumber: Kosmo Online

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS