Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

MAJLIS SUKAN PDRM TERIMA SUMBANGAN RM75 RIBU

Kuala Lumpur, 27 April 2017 – Sebagai manifestasi menzahirkan sokongan dan semangat kepada Skuad Hoki Lelaki dan Persatuan Sukan Sikh Polis Diraja Malaysia (PDRM), telah berlangsung satu majlis penyerahan cek sumbangan oleh Syarikat MAC Security Consultants SDN BHD di Dewan Bankuet, Tingkat 31, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, sebentar tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar, dalam ucaptamanya berkata sumbangan sebanyak RM50,000 dan RM25,000 masing-masing akan dimanfaatkan kepada Pasukan Hoki Lelaki PDRM dan Persatuan Sukan Sikh PDRM.

“Adalah diharapkan agar kolaborasi antara kedua-dua organisasi ini akan berterusan sekaligus memberi semangat dan motivasi kepada pihak pengurusan dan atlet hoki PDRM di dalam mencapai kejayaan serta menaikkan imej pasukan.

“Saya juga turut berbangga kerana Syarikat MAC Security Consultants SDN BHD telah manjalankan tanggungjawab sosialnya dan ini harus dicontohi syarikat-syarikat yang lain,” ujar beliau.

Sebelum ini, MAC Security Consultants SDN BHD juga pernah menyampaikan sumbangan sebanyak RM15,000 pada tahun 2015 dan RM25,000 pada tahun seterusnya kepada Skuad Hoki Lelaki PDRM bagi menyertai Kejohanan Hoki Piala Tun Abdul Razak serta menyaksikan PDRM telah merangkul Juara Divisyen 2 dan seterusnya Naib Johan Divisyen 1 pada tahun 2016.

Turut hadir sama majlis adalah Pengerusi Persatuan Sukan Sikh PDRM, Dato’ Nashatar Singh Sidhu, Ketua Polis Kuala Lumpur merangkap Timbalan Pengerusi Persatuan Sukan Sikh PDRM, Dato’ Amar Singh Ishar Singh, Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Dasar Sumber Manusia) Pengurusan Penilaian Kompetensi, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, SAC Mohd Roze Shaari, Pengarah Urusan MAC Security Consultants SDN BHD, Encik Baldev Singh Kailay serta pegawai-pegawai kanan PDRM.

IMG_8812
Pasukan Hoki Lelaki PDRM menerima cek sumbangan sebanyak RM50,000 daripada Syarikat MAC Security Consultants.

IMG_8814
Persatuan Sukan Sikh PDRM menerima cek sumbangan sebanyak RM25,000 daripada Syarikat MAC Security Consultants SDN BHD..

IMG_8791
Sekitar bacaan doa..

_MG_1848
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar memberikan ucapan..

_MG_1858
Wakil daripada Syarikat Security ConsultantsSDN BHD, Datuk DR.A.T.Kumararajah menyampaikan ucapan..

IMG_8790
Antara pegawai-pegawai kanan yang hadir..

_MG_1833
Antara yang hadir..

_MG_1877
Sekitar bergambar kenangan..

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS