Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

7,485 MESIN JUDI DILUPUS, LAGI PUSAT JUDI AKAN DIGEMPUR

Sebanyak 7,485 mesin perjudian komputer yang dirampas di daerah Petaling Jaya sejak tahun 2010 sehingga 2016 dilupuskan atas arahan mahkamah hari ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Fuad Abd Latiff berkata, nilai semua mesin perjudian yang dirampas dan dilupuskan itu ialah RM3.7 juta.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa komited dalam usaha untuk membanteras kegiatan perjudian haram daripada terus berleluasa.

"Polis sudah melakukan 624 serbuan terhadap lebih 1000 premis perjudian haram di daerah ini.

"Polis melakukan serbuan setiap hari di seluruh Selangor dan usaha ini akan berterusan dari semasa ke semasa bagi membanteras kegiatan perjudian haram," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelupusan barang kes di Balai Polis Ara Damansara di Petaling Jaya hari ini.

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS