Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

PADAH AMBIL TINDAKAN SENDIRI, POLIS KINI BURU LIMA LAGI INDIVIDU TERLIBAT BELASAH SUSPEK KES CABUL

Polis sedang memburu lima lagi suspek berhubung kes kematian seorang lelaki yang dipercayai mencabul kehormatan seorang wanita di dalam tandas bangunan pusat beli-belah di Jalan Putra, Alor Setar, Ahad lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff berkata, setakat ini empat lelaki dan seorang wanita berusia 20-an ditahan di sekitar Alor Setar semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh manakala lima lagi suspek yang masih belum diketahui usianya.

“Ini adalah pengajaran kepada masyarakat dan nasihat saya, jangan mengambil tindakan undang-undang di tangan sendiri kerana sekiranya orang atau suspek yang ditangkap itu dipukul sehingga meninggal dunia maka orang yang memukul itu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Sebaiknya, serahkanlah kepada polis dan biarkan undang-undang menentukannya,” katanya kepada media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016 dan Pemakaian Pangkat Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kedah di Dewan Utama, IPK Kedah, Alor Setar, hari ini.

Semalam, suspek lelaki berusia 31 tahun itu meninggal pada pukul 12.30 tengah hari setelah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) akibat kecederaan parah di bahagian tengkuk, muka, telinga, badan serta kaki akibat dibelasah oleh orang awam.

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS