Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

BAYI PEREMPUAN COMEL MASIH BERTALI PUSAT DIBUANG DALAM BULAN RAMADHAN

Tumpat, 15 Jun 2017 - Seorang bayi perempuan yang masih hidup dan bertali pusat ditemui di dalam sebuah beg berwarna krim di hadapan bangunan Taman Seri Kota Bandar Baru Pasir Pekan pagi ini.

Bayi perempuan itu ditemui oleh seorang Inspektor Kesihatan kira-kira jam 8 pagi berdekatan Klinik Kesihatan 1Malaysia, Pasir Pekan.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip berkata, bayi perempuan itu ditemui oleh lelaki tersebut selepas dia mendengar tangisan bayi.

"Ketika itu lelaki berusia 25 tahun bersiap untuk ke tempat kerjanya.

"Apabila dia mendengar tangisan bayi itu, dia terus memeriksa di sekitar kaki lima bangunan itu dan terkejut seorang bayi ditinggalkan berdekatan pejabatnya di Klinik Kesihatan 1Malaysia," katanya.

Menurutnya, lelaki tersebut memaklumkan penemuan bayi itu kepada kakaknya sebelum laporan polis dibuat.

"Bayi itu dibawa ke Klinik Kesihatan 1Malaysia berdekatan bangunan itu dan kemudiannya dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II)," katanya.

Menurutnya, bayi perempuan itu dilaporkan dalam keadaan sihat dan dirawat di hospital terbabit.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS