Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

OP VULTURE: LELAKI BERGELAR DATO' ANTARA DITAHAN TERLIBAT KES ALONG

OP VULTURE: LELAKI BERGELAR DATO' ANTARA DITAHAN TERLIBAT KES ALONG 

Kuala Lumpur, 25 Ogos 2017 - Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Bukit Aman berjaya menahan 35 individu termasuk seorang lelaki bergelar Dato' yang menjadi ahli sindiket pemberi pinjaman wang haram atau Along yang bergerak aktif di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Timbalan Pengarah JSJK (Risikan/Operasi), Bukit Aman, SAC Mohd Sakri Arifin berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 27 lelaki dan lapan perempuan di 11 buah lokasi serbuan yang menjadi premis kegiatan sindiket tersebut memberikan pinjaman wang haram.

Kesemua yang ditahan berumur di antara 15 sehingga 44 tahun.

Beliau yang berkata demikian dalam sidang media JSJK di Menara 238 sebentar tadi turut memaklumkan dalam operasi tersebut pihak polis merampas 10 buah kenderaan, 70 unit telefon bimbit, 34 keping kad ATM dan 10 keping cek pelbagai bank, enam buah komputer riba, buku bank dan wang tunai.

"PDRM percaya, sebanyak 23 laporan polis yang melibatkan pinjaman hampir RM1.6 juta dibuat sebelum ini telah berjaya diselesaikan", ujar beliau.

Kesemua suspek kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 5(2) dan 29AA Akta Pemberi Pinjaman Wang (APPW) 1951, Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan Akta Penegahan Jenayah (POCA) 1959.

"PDRM ingin memberi mesej kepada Along di luar sana sama ada berlesen atau tidak bahawa tindakan memberi ugutan kepada mangsa, keluarga serta mendatangkan khianat harta benda peminjam adalah satu perbutan jenayah.

"Pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada Along ini sekiranya melakukan jenayah terhadap mangsa", tegas beliau ketika mengakhiri sidang media tadi.

_MG_1464
Timbalan Pengarah JSJK (Risikan/Operasi), Bukit Aman, SAC Mohd Sakri Arifin  menunjukkan poster pinjaman Ah Long yang dirampas.

_MG_1421
Antara peralatan yang dirampas.

_MG_1450
Timbalan Pengarah JSJK (Risikan/Operasi), Bukit Aman, SAC Mohd Sakri Arifin menunjukkan tong cat yang digunakan untuk mengugut mangsa.

Leave a comment

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS