Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

KEBAJIKAN PEGAWAI AWAM PDRM TERUS DIBERI PERHATIAN

Cheras, 16 November 2017 – Pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah melupakan kebajikan pegawai awam yang sama penting seperti mana pegawai dan anggota PDRM di mana segala isu dan permasalahan yang dihadapi mereka diberi perhatian serta tindakan yang sewajarnya. Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun dalam ucapannya bersempena Majlis Penutupan Perhimpunan Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) di Maktab PDRM Kuala Lumpur hari ini, menjelaskan pegawai-pegawai awam ini adalah sebahagian daripada tulang belakang dalam menggerakkan PDRM ke mercu kecemerlangan.

“Selain daripada usaha mewujudkan pelbagai pelan serta tindakan bagi memperjuangkan isu-isu membabitkan pegawai awam dalam pasukan, PDRM juga akan terus menambah baik kemudahan asas dan logistik sebagaimana yang telah direncanakan sebelum ini,” ujar beliau lagi.

Perhimpunan seumpama ini merupakan platform terbaik bagi membincangkan isu-isu berkaitan pegawai awam PDRM serta membuka ruang kepada cetusan idea yang kreatif di samping meningkatkan produktiviti serta prestasi dalam perkhidmatan.

Majlis pada hari ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Perhimpunan Pegawai Awam PDRM 2017, Datuk Seri Mohmad Salleh, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Dato’ Sri Wan Ahmad Najmuddin Mohamad, Timbalan Presiden II Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS), Encik Zainal Ahmad, Presiden PACSU, Encik Mahamad Bahrum, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, Dato’ Yong Lee Choo, pegawai-pegawai kanan PDRM dan wakil-wakil media.

0S5A9119
Gimik perasmian Majlis Penutupan Perhimpunan Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) di Maktab PDRM Kuala Lumpur hari ini disempurnakan oleh Ketua Polis Negara..

0S5A8997
Ketibaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun..

0S5A9021
Pentas utama: dari kiri, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Dato’ Sri Wan Ahmad Najmuddin Mohamad, Timbalan Presiden II Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS), Encik Zainal Ahmad, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Perhimpunan Pegawai Awam PDRM 2017, Datuk Seri Mohmad Salleh, Presiden PACSU, Encik Mahamad Bahrum dan Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, Dato’ Yong Lee Choo..

0S5A9030
Antara pegawai-pegawai awam dari seluruh kontinjen yang hadir pada hari ini..

0S5A9031
Antara pegawai-pegawai awam dari seluruh kontinjen yang hadir pada hari ini..

0S5A9039
Antara pegawai-pegawai awam dari seluruh kontinjen yang hadir pada hari ini..

0S5A9052
Bacaan doa pembukaan majlis...
 
 

0S5A9056
upacara memperbaharui lafaz ikrar oleh pegawai awam PDRM..

0S5A9059
upacara memperbaharui lafaz ikrar oleh pegawai awam PDRM..

0S5A9058
upacara memperbaharui lafaz ikrar oleh pegawai awam PDRM..

0S5A9060
upacara memperbaharui lafaz ikrar oleh pegawai awam PDRM..

0S5A9074
Ucapan daripada Presiden PACSU, Encik Mahamad Bahrum..

0S5A9104
ucapan daripada Timbalan Presiden II Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS), Encik Zainal Ahmad..

0S5A9114
Ucapan daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun...

0S5A9191
Antara pegawai-pegawai awam yang menerima surat penghargaan daripada Ketua Polis Negara pada hari ini...

0S5A9141
Antara pegawai-pegawai awam yang menerima surat penghargaan daripada Ketua Polis Negara pada hari ini...

0S5A9147
Antara pegawai-pegawai awam yang menerima surat penghargaan daripada Ketua Polis Negara pada hari ini...

0S5A9189
Antara pegawai-pegawai awam yang menerima surat penghargaan daripada Ketua Polis Negara pada hari ini...

0S5A9184
Antara pegawai-pegawai awam yang menerima surat penghargaan daripada Ketua Polis Negara pada hari ini...

0S5A9200
Antara pegawai-pegawai awam yang menerima surat penghargaan daripada Ketua Polis Negara pada hari ini...

0S5A9214
Nyanyian lagu 'Perkhidmatan Awam', 'Suara Pekerja' dan 'Sedia Berkhidmat' semasa di penghujung majlis...

0S5A9220
Sesi bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara...

0S5A9229
Sesi bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara...

0S5A9245
Sesi bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara...

0S5A9254
Sesi bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara...

Sesi Makan Malam Pegawai Awam Bersama Ketua Polis Negara:

23591998_1724199980923635_5783992082212171252_o
Ketibaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun..

23550355_1724199970923636_3470193356896720887_o
Ketibaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun..

23551203_1724200127590287_4822191224028615602_o
Ucapan dari Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Seri Mohmad Salleh..

23550339_1724200570923576_4359087822110910054_o
Presiden PACSU, Encik Mahamad Bahrum menyampaikan cenderahati kepada Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun..

23632169_1724200470923586_1485077985873517556_o
Presiden PACSU, Encik Mahamad Bahrum menyampaikan cenderahati kepada Datuk Seri Mohmad Salleh..

23592194_1724200647590235_8905749882543210093_o
Presiden PACSU, Encik Mahamad Bahrum menyampaikan cenderahati kepada Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, Dato’ Yong Lee Choo..

23632097_1724212674255699_1305530350064472018_o
Presiden PACSU, Encik Mahamad Bahrum bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Dato’ Sri Wan Ahmad Najmuddin Mohamad..
 
 

23668767_1724200450923588_4344590217853270608_o
Sekitar persembahan dari pegawai-pegawai awam..

23668824_1724200157590284_8890218100123150055_o
Pengacara majlis..

23632698_1724201377590162_6357272105700526599_o
Sekitar persembahan dari pegawai-pegawai awam..
 
 

23592184_1724201247590175_4721683441361577560_o
Sekitar persembahan dari pegawai-pegawai awam..
 
 

23592154_1724200214256945_6234983195101334347_o
Sekitar persembahan dari pegawai-pegawai awam..
 
 

23551226_1724201267590173_3214008099422697451_o
Sekitar persembahan dari pegawai-pegawai awam..
 
 













PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS