Kuala Lumpur, 23 Februari 2018 – Duta Besar Republik Turki, H.E. Dr. Merve Kavakci mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Turut hadir, Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Dato’ Sri Mohd. Mokhtar Haji Mohd. Shariff, Setiausaha Polis Malaysia, Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf dan ACP Perhubungan Antarabangsa, ACP Mahfuz Dato’ Ab. Majid.
Sekitar kunjungan hormat berlangsung.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun menyampaikan cenderahati kepada Duta Besar Republik Turki, H.E. Dr. Merve Kavakci.
Duta Besar Republik Turki, H.E. Dr. Merve Kavakci menandatangani buku pelawat.