Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

OP SELAMAT 12: JUMLAH KEMALANGAN MAUT CATAT PENURUNAN

OP SELAMAT 12: JUMLAH KEMALANGAN MAUT CATAT PENURUNAN

Kuala Lumpur, 28 Februari 2018 – Jumlah kemalangan maut mencatatkan penurunan sebanyak 27 kes iaitu 208 berbanding 235 kes yang direkodkan pada Op Selamat 10, tahun lalu.

Sepanjang dua minggu tempoh Op Selamat 12 dilaksanakan, faktor terbabas sendiri merupakan punca utama kemalangan maut iaitu 82 kes daripada keseluruhan kes.

Lain-lain faktor seperti masuk ke laluan bertentangan, cuba memotong kenderaan, menukar lorong, cuai ketika keluar dan masuk simpang jalan, mengekori terlalu rapat dan membuat pusingan ‘U’ pada tempat yang tidak dibenarkan antara faktor yang turut menyumbang kepada jumlah kes tersebut.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, sebanyak 385,547 saman trafik telah dikeluarkan di mana perbuatan memandu melebihi had laju adalah penyumbang terbanyak jumlah kesalahan trafik yang direkodkan diikuti dengan perbuatan memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, memotong barisan, tidak mematuhi lampu isyarat dan menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

Op Selamat 12 juga menyaksikan jumlah kes pecah rumah dan curi di seluruh negara mencatatkan penurunan sebanyak 156 kes di mana 592 kes dicatatkan pada kali ini berbanding 748 kes pada tahun lalu.

“Tindakan penguatkuasaan yang tegas terutama oleh Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti dengan memberi tumpuan kepada pencegahan jenayah dan siri operasi kes pecah rumah adalah faktor kepada penurunan statistik tersebut selain kesedaran yang tinggi di kalangan masyarakat tentang keselamatan harta benda dan premis kediaman,” jelas beliau dalam sidang media sempena Majlis Anugerah Kontinjen dan Daerah Terbaik Op Selamat 12 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pagi tadi.

Sementara itu, Majlis Anugerah Kontinjen dan Daerah Terbaik Op Selamat 12 telah menyaksikan Ibu Pejabat Polis (IPD) Batu Pahat dinobatkan sebagai Daerah Terbaik diikuti IPD Nilai di tempat kedua dan IPD Johor Bahru Selatan di tempat ketiga.

Bagi Anugerah Kontinjen Terbaik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor telah mengungguli tempat pertama diikuti dengan IPK Johor di tempat kedua dan IPK Terengganu di tempat ketiga.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Datuk Azman Ismail, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, SAC Sharul Othman Mansor, Ketua-ketua Polis Kontinjen, pegawai-pegawai kanan PDRM, wakil-wakil persatuan, agensi penyelamat serta rakan media.

Op Selamat 12 pada kali ini turut melibatkan kerjasama daripada PLUS Malaysia Berhad selaku penaja utama dan agensi-agensi lain melalui Emergency Response Team (ERT) seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Persatuan Bulan Sabit Merah serta Konsesi Lebuh Raya.

_MG_8603
Ketibaan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim.

_MG_8612
Nyanyian lagu 'Negaraku' dan 'Sang Saka Biru'.

_MG_8648
Bacaan doa pembukaan majlis.

_MG_8642
Bacaan doa pembukaan majlis.

_MG_8677
Ucapan daripada Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid ibrahim.

IMG_8721
Tempat Ketiga Kategori Daerah Terbaik, IPD Johor Bahru Selatan.

IMG_8726
Tempat Kedua Kategori Daerah Terbaik, IPD Nilai, Negeri Sembilan.

IMG_8733
Johan Kategori Daerah terbaik, IPD Batu Pahat, Johor.

IMG_8737
Tempat Ketiga Kategori Kontinjen Terbaik, IPK Terengganu.

IMG_8743
Tempat Kedua Kategori Kontinjen Terbaik, IPK Johor.

IMG_8748
Johan Kategori Kontinjen Terbaik, IPK Selangor.

IMG_8765
Sesi bergambar kenangan Timbalan Ketua Polis Negara bersama para pemenang Anugerah Kontinjen dan Daerah Terbaik Op Selamat 12.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS