Kuala Lumpur, 29 Mac 2018 – Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, “Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa mendukung usaha kerajaan untuk memartabatkan kaum wanita selaras dengan inisiatif kerajaan terhadap aspirasi ‘Tahun Memperkasa Wanita 2018’” di Majlis Perjumpaan Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Bersama Datin Seri Hamidah Khamis, isteri Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pagi tadi.
Sebelum itu, dalam ucapan yang sama, beliau menjelaskan peranan wanita adalah amat penting dalam pembangunan keluarga dan juga negara di mana kaum wanita terus menerus membuktikan khidmat bakti serta kesetiaan yang tidak berbelah bagi dalam menyokong segala usaha dan agenda transformasi pembangunan negara.
Tambahnya lagi, PERKEP dilihat sebagai sebuah persatuan yang amat penting dalam menjayakan program-program pemerkasaan wanita di mana ianya merupakan platform untuk menyatupadukan semua kamum ibu, sama ada isteri-isteri polis, pegawai-pegawai polis wanita serta pegawai-pegawai awam wanita agar dapat bergerak seiring dalam mencapai matlamat pembangunan wanita.
“Selain PERKEP, Jawatankuasa Pembangunan Pengurusan Polis Wanita (JPPPW) dan AMANITA turut menjadi pelengkap kepada usaha PDRM memperkasakan wanita di dalam pasukan,” ujarnya.
Dalam pada itu, majlis pada hari ini turut diisikan dengan upacara penyampaian sijil penghargaan dan cek sumbangan kerajaan kepada Pengerusi PERKEP Pusat, Jabatan, Kontinjen, Formasi serta kepada waris-waris pejuang tragedi berdarah Bukit Kepong dan Lahad Datu. Kedua-dua upacara pengiktirafan atas sumbangan dan bakti yang dicurahkan ini disampaikan oleh Datin Seri Hamidah Khamis.
Lebih manis, Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun juga menyempurnakan upacara penganugerahan Pingat Jasa Kepahlawanan Negara (PJPN) kepada 20 orang penerima yang terdiri daripada bekas-bekas Setiausaha Agung PERKEP, seorang pesara polis wanita yang berkhidmat pada zaman darurat dan pegawai-pegawai polis wanita yang masih berkhidmat kepada pasukan, khususnya kepada pegawai-pegawai polis yang aktif di dalam PERKEP.
Kemuncak majlis menyaksikan bekas Pengarah Pengurusan PDRM yang juga bekas Setiausaha Agung PERKEP Pusat, Dato' Robiah Abdul Ghani dinobatkan sebagai Ikon PERKEP Malaysia pada hari ini.
Turut hadir, Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Seri Alwi Haji Ibrahim bersama isteri, Datin Sri Roba’ Aishah Mohd Ghazali, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim dan isteri, Puan Sri Datin Sri Shahriza Saad @ Mansor merangkap Pemangku Pengerusi PERKEP Malaysia, barisan Pengarah PDRM dan isteri, pegawai-pegawai kanan PDRM serta wakil-wakil media.

Ketibaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun.

Ketibaan Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Iktisas Wanita, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Sekitar sebelum majlis bermula.

Ketibaan Datin Seri Hamidah Khamis, isteri Timbalan Perdana Menteri.

Sesi bergambar kenangan.

Nyanyian lagu 'Negaraku' dan Lagu PERKEP.

Nyanyian lagu 'Negaraku' dan Lagu PERKEP.

Nyanyian lagu 'Negaraku' dan Lagu PERKEP.

Bacaan doa dipimpin oleh Insp. Haji Muhammad Ridhuwan Zaini dari Cawangan Kebajikan, Jabatan Pengurusan PDRM.

Sekitar bacaan doa.

Sekitar bacaan doa.

Sekitar bacaan doa.

Sekitar bacaan doa.

ASP Nor Azman Yusof dan ASP Nurafiza Hamdan selaku pasangan pengacara majlis pada hari ini.

Ucapan daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun.

Ucapan daripada isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Hamidah Khamis.

Upacara penyampaian sijil dan hadiah kepada pemenang-pemenang Bengkel Seni Jahitan Kreatif Anjuran Biro Sains Rumahtangga PERKEP Malaysia.

Upacara penyampaian sijil penghargaan kepada waris Konstabel Abu bakar bin Daud yang terkorban semasa Tragedi Bukit Kepong, Puan Jamilah binti Au Bakar.

Sesi penyampaian replika cek kepada PERKEP Malaysia, jabatan, kontinjen, formasi oleh Datin Seri Hamidah Khamis.

Sesi penyampaian replika cek kepada PERKEP Malaysia, jabatan, kontinjen, formasi oleh Datin Seri Hamidah Khamis.

Sesi deklamasi sajak oleh Supt. Rose Baini Kasim.

Sekitar penyampaian anugerah Ikon PERKEP Malaysia kepada Dato' Robiah Abd Ghani.

Sekitar penyampaian anugerah Ikon PERKEP Malaysia kepada Dato' Robiah Abd Ghani.