Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

HARI POLIS KE-211: UPACARA SEMBAHYANG AGAMA KRISTIAN

Petaling Jaya, 22 April 2018 - Bersempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-211 Tahun, upacara sembahyang Agama Kristian telah diadakan di Gereja Full Gospel Assembly (FGA), Jalan Kuchai Lama, di sini, pagi tadi. Upacara tersebut diketuai oleh Ketua Pusat Pengajian Sains Perisikan dan Kajian Strategik, Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur, SAC Tan Chong Jin yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sembahyang Hari Polis Agama Kristian.

Program ini merupakan antara agenda di dalam takwim tahunan Sempena Peringatan Hari Polis yang turut melibatkan masyarakat setempat dalam menyemarakkan lagi slogan ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’. Pelbagai tentatif menarik telah diadakan selain upacara sembahyang Kristian bagi mendoakan kesejahteraan warga PRRM antaranya adalah, gerai-gerai pameran, kaunter semakan dan pembayaran saman trafik serta pertunjukkan dan demontrasi dari Unit Anjing Pengesan K9 PDRM.

 Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Dato’ Sri Wan Ahmad Najmuddin Mohd turut berlapang waktu untuk hadir bagi merasmikan gerai pameran PDRM dan beramah mesra bersama masyarakat setempat yang hadir.

Majlis turut dihadiri, Ketua Penolong Pengarah (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, DCP Dato' Ayob Khan Mydin Pitchay, pegawai- pegawai kanan, anggota serta warga PDRM.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Dato’ Sri Wan Ahmad Najmuddin Mohd merasmikan gerai pameran PDRM.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Dato’ Sri Wan Ahmad Najmuddin Mohd merasmikan gerai pameran PDRM.

Gimik sembahyang Agama Kristian sempena sambutan Peringatan Hari Polis Ke-211 di Gereja Full Gospel Assembly.
Gimik sembahyang Agama Kristian sempena sambutan Peringatan Hari Polis Ke-211 di Gereja Full Gospel Assembly.

Bergambar kenangan.
Bergambar kenangan.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS