Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

PRU KE-14: POLIS KELANTAN TERIMA 18 LAPORAN BABITKAN BENDERA PARTI POLITIK

Kota Bharu, 22 April 2018 - Empat daripada 18 laporan yang diterima polis di negeri ini sejak 12 April lalu, membabitkan dakwaan bendera parti politik dikhianati.

Berikutan itu, empat individu lelaki berusia antara 28 hingga 38 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Sehingga semalam, 18 laporan diterima membabitkan daerah Kota Bharu; Machang; Kuala Krai, Pasir Mas dan Bachok.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan, berkata empat kertas siasatan itu dibuka bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Katanya, selebihnya kertas siasatan tidak dibuka kerana hanya laporan biasa membabitkan bendera parti politik tercabut tanpa perbuatan khianat.

"Jadi, kita nasihatkan orang ramai supaya tidak mencabut bendera parti politik yang dipacak di kawasan masing-masing.

"Penyokong parti politik pula janganlah memacak bendera sehingga menghalang lalu lintas atau premis perniagaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kelantan yang baharu, Asisten Komisioner Dr Che Ghazali Che Awang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, hari ini.

Che Ghazali sebelum ini memegang jawatan Ketua Polis Daerah Langkawi, Kedah, selama dua tahun sembilan bulan.

Sebelum itu tugas berkenaan dipangku Timbalan JPJKK Superintendan Sheik Azhar Sheik Omar.

Sumber: Berita Harian Online

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS