Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

HARI POLIS KE-211: UPACARA SEMBAHYANG AGAMA BUDDHA

HARI POLIS KE-211: UPACARA SEMBAHYANG AGAMA BUDDHA

Shah Alam, 27 April 2018 – Sempena Peringatan Hari Polis ke -211, seramai lebih kurang 300 penganut agama Buddha terdiri daripada warga kerja Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan orang awam telah hadir dalam upacara keagamaan Buddha yang berlangsung di Samadhi Vihara, dekat sini, pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun selaku tetamu kehormat turut hadir bagi menyempurnakan acara penyampaian sumbangan kepada warga kerja serta ahli keluarga PDRM yang memerlukan.

Tan Sri Mohamad Fuzi yang berucap dalam majlis perasmian tadi turut menyeru agar kelestarian budaya dan kepercayaan setiap bangsa terpelihara melalui sikap saling hormat menghormati dan bertolak ansur.

“Kejayaan negara kita tidak hanya bergantung kepada ekonomi, sains dan teknologi, tetapi ia perlu disulam bersama nilai moral yang tinggi, kerohanian dan mental yang sihat,” ujar beliau.

Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Ketua Polis Selangor, Dato' Pahlawan Mazlan Mansor, Setiausaha Polis Malaysia, Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM), Dato’ Dr. Lee Bee Phang, Timbalan Pengarah (I) Risikan/ Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Dato’ Kang Chez Chiang, Ketua Penolong Pengarah JIPS (Pematuhan) Bukit Aman merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Dato’ Lim Hong Shuan, pegawai-pegawai kanan PDRM dan rakan media.

IMG_9941
Bergambar kenangan

0R9A8363
0R9A8346
0R9A8340
0R9A8335
0R9A8331
0R9A8328
0R9A8322
0R9A8319
Sekitar penyampaian sumbangan.

IMG_9930
IMG_9925
IMG_9922
Sesi penyampaian cenderahati.

IMG_0014
0R9A8505
0R9A8494
Sekitar upacara sembahyang keagamaan Budha.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS