Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

PRU KE-14: KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS PAHANG

 

KEADAAN SEMASA HARI PENAMAAN CALON DAN PERSIAPAN PDRM PAHANG

Proses penamaan calon di kesemua pusat penamaan calon negeri Pahang telah selesai dengan baik. Semua proses berjalan dalam keadaan baik dan lancar. Seramai 3197 orang yang bertugas iaitu 466 Pegawai Kanan Polis, 2698 Pegawai Rendah Polis dan 33 Pegawai Awam yang ditugaskan untuk menjaga keamanan dan keselamatan sepanjang proses penamaan calon yang berjalan di 14 Pusat Penamaan Calon di seluruh Pahang. Sehingga Proses Penamaan Calon selesai tiada kejadian yang menggugat ketenteraman awam dan keselamatan yang dilaporkan berlaku.

Mulai hari ini sehingga 8 Mei 2018, akan bermula tempoh berkempen untuk semua parti yang bertanding. Bagi memastikan ketenteraman awam dan keselamatan sepanjang tempoh berkempen, polis Kontinjen Pahang telah membuat persediaan awal untuk menjaga keamanan sepanjang hari berkempen berlangsung. Pihak Polis ingin menasihatkan orang ramai terutama kepada penyokong parti-parti bertanding supaya tidak melakukan sebarang provokes, kacau ganggu atau pergaduhan yang boleh menjejaskan keselamatan orang ramai. Pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang cuba mengganggu keamanan serta keselamatan negara tanpa mengira mana-mana parti. Berkempenlah secara harmoni tanpa menimbulkan sebarang masalah yang mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negeri Pahang. Patuhilah peraturan-peraturan dan Undang-Undang Pilihanraya sepanjang tempoh berkempen.

Bagi menghadapi Hari Pembuangan Undi pada 9 Mei 2018 , Polis Kontinjen Pahang telah bersiap sedia dari sudut sumber manusia dan logistik. Selain daripada itu, penugasan Polis Pahang juga dibantu oleh Pasukan PORU seramai 144 orang dan Pasukan Unit Udara Polis seramai 165 orang

Sekian, terima kasih.
Wassalam.

Sumber: Polis Pahang

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS