Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

PERKEP AGIH LEBIH 3,000 BUNGKUSAN KUIH RAYA KEPADA PETUGAS PDRM

Kuala Lumpur, 25 Mei 2018 – Bagi meneruskan tradisi setiap tahun dan menzahirkan penghargaan atas pengorbanan serta jasa warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan bertugas di hari lebaran, pucuk pimpinan pasukan bersama-sama Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) telah mengadakan Majlis Penyerahan Bungkusan Kuih Raya PDRM Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bertempat di Dewan PERKEP, Bukit Aman, hari ini.

Dalam majlis pada hari ini, sebanyak 3,768 kotak bungkusan kuih raya telah diserahkan untuk diagihkan kepada setiap kontinjen dan formasi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun dalam ucapannya berkata, warga PDRM sanggup berkorban segala kepentingan peribadi serta berjauhan dengan keluarga dan terus bersemangat menunaikan tanggungjawab walaupun di kala takbir Hari Raya Aidilfitri memecah hening 1 Syawal.

“Itulah erti sebuah pengobanan yang tidak pernah kita minta untuk dibalas, sebaliknya kita sekadar mengharapkan sokongan serta doa agar sentiasa berada di bawah payung lindungan Ilahi dan terus mampu berjihad demi memastikan keselamatan negara dan kesejahteraan masyarakat terus terpelihara,” ujarnya.

Majlis pada hari ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim bersama isteri yang juga merupakan Pemangku Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Datin Sri Shahriza Saad @ Mansor, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), Dato’ Sri Zulkifli Abdullah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Majlis bersama isteri yang juga Pengerusi PERKEP Jabatan (KDN/KA), Datin Sri Nooraini Abdul Jalil, barisan Pengarah PDRM, pegawai-pegawai kanan dan ahli-ahli PERKEP.


0S4A7557
Antara yang hadir dalam Majlis Penyerahan Bungkusan Kuih Raya PDRM.

0S4A7598
Sekitar Majlis Penyerahan Bungkusan Kuih Hari Raya PDRM berlangsung, kotak bungkusan kuih raya diserahkan untuk diagihkan kepada setiap kontinjen dan formasi.

0R9A9886 copy
Sekitar Majlis Penyerahan Bungkusan Kuih Hari Raya PDRM berlangsung, kotak bungkusan kuih raya diserahkan untuk diagihkan kepada setiap kontinjen dan formasi.

0S4A7558
Bacaan Doa.0S4A7541
Bacaan Doa.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS