Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

HASRAT PESAKIT LEUKEMIA NAIK PESAWAT PDRM TERCAPAI

Butterworth, 21 Ogos 2018 - Impian dan hasrat seorang remaja lelaki yang disahkan menghidap penyakit leukemia (terminal) untuk menaiki pesawat udara milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) tercapai, hari ini. Adik R. Ghaayathiran, 18 tahun yang menderita penyakit tersebut sejak beberapa tahun lalu ternyata sangat gembira dan bersyukur kerana berpeluang menaiki pesawat jenis King Air KA300 PDRM bersama ibunya, Puan V. Geeta dan kakaknya, R. Swathu Dharani, dekat sini.

“Sangat seronok! Terima kasih kepada PDRM kerana beri saya peluang,” kata adik R. Ghaayathiran selepas menaiki pesawat PDRM itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas.

Program penerbangan ihsan ini merupakan projek Tanggungjawab Sosial Korporat PDRM di bawah Pasukan Gerakan Udara (PGU) Pengkalan Semenanjung dengan kerjasama Persatuan Impian Kanak-kanak Malaysia.

Objektifnya adalah untuk menunaikan hajat terakhir insan-insan yang terpilih dalam program impian remaja istimewa ini. Terdahulu, adik R. Ghaayathiran bersama ibu dan kakaknya dibawa meronda dalam pesawat di sekitar Pulau Pinang dan Pulau Langkawi selama 30 minit sebelum pulang ke Pengkalan Udara Pulau Pinang.

Setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada Ketua Seksyen Kapal Terbang Pengkalan Semenanjung PGU merangkap juruterbang pesawat, Superintendan Tharma M. Vellaisamy, Juruterbang PDRM, DSP Syed Mohd Syahir Sheikh, DSP Taktikal dan Strategi PGU Bukit Aman merangkap Pegawai Penyelaras Program, DSP Mohd Hafiz Ayob dan pembantu juruterbang, Sarjan Mejar Zamzurinna Zainol.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Polis Pulau Pinang terutamanya Pegawai Turus Pentadbiran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, Superintendan Rizal Abdul Rahman Sidek, Pegawai Hal-Ehwal Awam IPK Pulau Pinang, Insp Komala Devi Selvarajah dan Naib Pengerusi Persatuan Impian Kanak-kanak Malaysia, Encik Teoh Teik Hoong.

Seluruh warga PDRM mendoakan kesihatan yang berpanjangan buat adik R. Ghaayathiran dan semoga pengalaman menaiki pesawat kami hari ini akan menjadi satu kenangan berharga buat adik!

#PolisDanMasyarakatBerpisahTiada

0R9A9578
Sesi penyampaian cenderahati kenang-kenangan kepada adik R. Ghaayathiran.

0R9A9550
Sesi penyampaian cenderahati kenang-kenangan kepada adik R. Ghaayathiran.

0R9A9543
Sesi penyampaian cenderahati kenang-kenangan kepada adik R. Ghaayathiran.

0R9A9590
Sesi penyampaian cenderahati kenang-kenangan kepada adik R. Ghaayathiran.

0R9A9606
Adik R. Ghaayathiran bersama ibu dan kakaknya dibawa meronda dalam pesawat di sekitar Pulau Pinang dan Pulau Langkawi selama 30 minit sebelum pulang ke Pengkalan Udara Pulau Pinang.

0R9A9611
Adik R. Ghaayathiran bersama ibu dan kakaknya dibawa meronda dalam pesawat di sekitar Pulau Pinang dan Pulau Langkawi selama 30 minit sebelum pulang ke Pengkalan Udara Pulau Pinang.

0R9A9620
Adik R. Ghaayathiran bersama ibu dan kakaknya dibawa meronda dalam pesawat di sekitar Pulau Pinang dan Pulau Langkawi selama 30 minit sebelum pulang ke Pengkalan Udara Pulau Pinang.

0R9A9636
Superintendan Tharma M. Vellaisamy merangkap juruterbang pesawat bersama DSP Syed Mohd Syahir Sheikh menunjukkan isyarat 'bagus' dalam sesi penerbangan pada hari ini.

0R9A9644
Adik R. Ghaayathiran bersama ibu dan kakaknya dibawa meronda dalam pesawat di sekitar Pulau Pinang dan Pulau Langkawi selama 30 minit sebelum pulang ke Pengkalan Udara Pulau Pinang.

0R9A9658
Adik R. Ghaayathiran bersama ibu dan kakaknya dibawa meronda dalam pesawat di sekitar Pulau Pinang dan Pulau Langkawi selama 30 minit sebelum pulang ke Pengkalan Udara Pulau Pinang.

0R9A9686
Ketua Seksyen Kapal Terbang Pengkalan Semenanjung PGU, Superintendan Tharma M. Vellaisamy merangkap juruterbang pesawat menunjukkan serba sedikit ilmu pengendalian pesawat kepada adik R. Ghaayathiran.

0R9A9715

90b29e5a-7c2a-4295-8ad0-95b4b76f4256
Terima kasih PGU PDRM!

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS