Kuala Lumpur, 30 Oktober 2018 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun berbesar hati menerima kunjungan hormat Pengurus Lembaga Koperasi Polis Diraja Pulau Pinang, Encik Kasim Darus di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, dekat sini, sebentar tadi.
Turut hadir, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Datuk Mazli Mazlan dan Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Bahagian Urusetia/Hal Ehwal Pesara Polis), SAC Shaharon Anuar Abdul Latif.

Sekitar kunjungan hormat berlangsung.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun memberi cenderahati kenangan kepada Pengurus Lembaga Koperasi Polis Diraja Pulau Pinang, Encik Kasim Darus.