Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

GAMBAR TULAR BERBOGEL DI PANTAI PD: SEBENARNYA KES LAMA DI PULAU PINANG

Port Dickson, 12 Nov. 2018 - Polis menafikan gambar sekumpulan lelaki dalam keadaan tidak senonoh yang tular dalam media sosial ada kaitan dengan kejadian didakwa berlaku di Pantai Batu 9, di sini kelmarin.

Ketua Polis daerah, Superintenden Adi Sham Mohamed berkata, sebaliknya gambar dikongsi seorang pemilik akaun Facebook, Maniam Manikam merupakan gambar yang dirakam di Pulau Pinang beberapa tahun lalu.

"Pihak polis menafikan sekeras-kerasnya gambar itu adalah kejadian yang berlaku di Port Dickson.

"Janganlah menggunakan media sosial untuk menularkan perkara tidak benar kerana ia boleh menimbulkan kegusaran kepada orang ramai," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Dalam pada itu Aidi Sham berkata, pihak polis tidak menerima sebarang laporan berhubung aktiviti kurang sopan melibatkan sekumpulan lelaki yang didakwa diadakan di Pantai Batu 9.

"Saya telah mengarahkan anggota polis ke lokasi tersebut selepas mendapat maklumat kelmarin tetapi tiada aktiviti melibatkan kumpulan itu apabila anggota kami tiba di sana," ujarnya.

Beliau berkata, polis akan memantau kegiatan seumpama itu dan meminta orang ramai tampil membuat laporan jika terdapat perbuatan sedemikian.

Kelmarin gambar sekumpulan lelaki yang berperwatakan lembut tular dalam media sosial selepas mereka dikatakan membuka baju dan seluar dalam ketika beriadah di tepi pantai Port Dickson.

Sumber: Utusan Online

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS