Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

278 WARGA PDRM KONTINJEN KL TERIMA ANUGERAH PJPN

Kuala Lumpur, 21 Februari 2019 - Seramai 278 pegawai kanan dan pegawai pangkat rendah Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kuala Lumpur telah dianugerahkan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) dalam istiadat pengurniaan pingat tersebut yang berlangsung di Dewan Tan Sri Khalid, Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur, hari ini.

Majlis anjuran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim.

PJPN merupakan penghargaan khas kepada warga PDRM atas jasa dan pengorbanan mereka kepada negara ketika era darurat serta insurgensi komunis antara tahun 1948 hingga 1990.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, CP Dato’ Sri Rosli AB Rahman, Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Abd Rahim Jaafar, Ketua Polis Kuala Lumpur selaku Pengerusi Jawatankuasa Istiadat Penganugerahan PJPN Polis Kontinjen Kuala Lumpur, CP Datuk Seri Mazlan Lazim dan timbalannya, DCP Dato' Zainuddin Yaacob.

Image may contain: 4 people, people sitting
Sekitar istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara oleh DIG Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim.

Image may contain: stripes
Anugerah PJPN ini adalah penghargaan khas kepada petugas-petugas PDRM atas jasa kepahlawanan, pengorbanan dan bakti mereka kepada negara semasa era darurat dalam Perkhidmatan Persekutuan Tanah Melayu bagi tempoh 12 Julai 1948 sehingga 31 Julai 1960 dan era Insurgensi Komunis pada 12 Jun 1968 sehingga 2 Disember 1989 di Malaysia, juga bagi Sabah dan Sarawak pada tahun 1962 sehingga 17 Oktober 1990 yang dikenali sebagai Perkhidmatan semasa darurat.

Image may contain: 2 people, people standing and shoes
Sekitar istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara oleh DIG Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim.

Image may contain: 7 people, people sitting
Sekitar istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara oleh DIG Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim.

Image may contain: one or more people, people standing and crowd
Sesi bergambar kenangan.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS