Sindiket perjudian dalam talian yang beroperasi 24 jam dengan memperoleh pertaruhan mencecah RM80,000 setiap hari serta menjadikan dua unit kondominium di The Strand, Kota Damansara, Petaling Jaya sebagai pusat panggilan telah berjaya diserbu sepasukan polis dari Ibu Pejabat PolisDaerah (IPD) Petaling Jaya pada 22 Februari lalu.
Sindiket yang baru sebulan beroperasi itu mengendalikan urusan wang pertaruhan kaki judi menggunakan aplikasi WeChat dan WhatsApp.
Ketika serbuan, polis mendapati 15 pekerja sindiket berkenaan menjalankan urusan pertaruhan kaki judi di negara ini. Mereka terdiri daripada 14 lelaki dan seorang wanita tempatan berusia antara 20 hingga 40 tahun.
Bacaan terperinci di keratan akhbar Harian Metro seperti di bawah: