Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

174 TERIMA PINGAT JASA PAHLAWAN NEGARA

Kota Bharu, 25 Februari 2019 - Seramai 174 pegawai kanan dan pegawai pangkat rendah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Ibu Pejabat PolisKontinjen Kelantan telah dianugerahkan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) dalam istiadat pengurniaan pingat di Dewan Bunga Emas Hotel Perdana, dekat sini, pagi tadi.

Istiadat penganugerahan PJPN tersebut telah disempurnakan oleh KetuaPolis Negara, IG Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka kepada negara ketika era darurat serta insurgensi komunis antara tahun 1948 hingga 1990.

Turut hadir Pengarah Pengurusan PDRM, CP Dato’ Abd Rahim Jaafar, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Zainal Abidin Kassim, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Datuk Mazli Mazlan, Ketua Polis Kelantan, DCP Dato' Hasanuddin Hassan, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan PDRM dan rakan-rakan media.

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing
Image may contain: 19 people, indoor
Image may contain: 3 people, people standing
Image may contain: 2 people, people standing
Image may contain: 6 people, people standing
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS